Hi!Nama saya Puteri Salwa. Everybody can call me Puteri or maybe nak lagi mesra, u can call me 'wawa'. This is my first time here. and hope can share something interesting with all of you. insyaallah...
since 2006 tinggal beberapa hari saja lagi, jadi pasti ada antara kita yang sedang menunggu hari untuk naik pelamin. atau lebih klasik lagi bahasanya...menghitung hari pertabalan sebagai raja sehari. semoga dengan kehadiran 2007, akan lebih membawa sinar dan kebahagian buat anda semua. terutama sekali buat sang puteri. kerana pada saya...tidak ada gadis yang tidak mempunyai impian perkahwinan tersendiri. impian untuk mengadakan majlis dalam taman. dikelilingi bunga2 segar dan harum...atau impian untuk jamuan perkahwinan di tepi pantai kerana lebih romantik dengan desiran ombak. atau lebih eksklusif di adakan di hotel2 bertaraf berbintang2 dikelilingi sanak saudara, rakan taulan dan tetamu kenamaan. apa pun impian perkahwinan anda....nasihat saya, RANCANGLAH DENGAN BAIK.
Perancangan untuk majlis perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah....perlu di teliti dari segi harga dan kualiti supaya ianya berpatutan. perlu juga memenuhi selera org yang rapat dengan kita. pengalaman saya mengendalikan beberapa majlis perkahwinan mmg agak meletihkan. namun minat yang mendalam dalam bidang ini terutama sekali dalam bab sajian makanan membuatkan saya seronok. seronok melayan karenah pelanggan yang bermacam2 ragam dan cara.
Nak saya tegas kan di sini, anda semua jgn ingat remeh soal sajian makanan. tahu kah anda, dalam perancangan perkahwinan, sajian makanan adalah meliputi 50 - 70% dari budget anda. Nasihat saya, dalam pemilihan caterer, anda tidak harus hanya tertarik pada harga yg di tawarkan. tidak perlulah yang terlalu murah kerana takut kualiti makanan yang di tawarkan juga adalah pada tahap yang rendah. dan tak perlulah yang terlalu mahal(kalau mampu ok!). pilih yang berpatutan. sesuai dengan jumlah tetamu yg akan hadir dan sebolehnya tidak menghampakan tetamu yg datang dari jauh.
Bukan apa....cuma takut makanan yg disediakan basi atau biasanya ayam masak merah sudah berbau kerana lmbat di cuci selepas di potong2. alangkah malunya tuan rumah kalau perkara ini terjadi. tetamu yang memang menahan perut dari ipoh ke kuala lumpur semata2 untuk makan nasi minyak anda tentu hampa dan tentu akan cari kedai mamak yang berdekatan.
jadi kepada anda yang sedang tercari2 katerer untuk majlis perkahwinan anda, pilihlah dengan bijak. jangan pilih kerana katerer tu ibu saudara atau rakan lama ayah anda masa sekolah rendah dulu. kalau kualiti dan servis yang ditawarkan bagus...no problem. tapi kalau semuanya biasa2 saja....eloklah anda survey2 lagi.
so, sampai sini dulubuat kali ini. nasihat saya yang terakhir, buat pemilihan dengan baik dari segi makanan, pakaian, canderahati, pelamin atau kalau anda menggunakan khidmat wedding planner....pilih lah yang terbaik dengan servis dan harga yang ditawarkan biarlah berpatutuan.
Thursday, December 28, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment